Kad Afiat Johor
Membolehkan pemegang kad mendapatkan rawatan perubatan asas di klinik GP dan farmasi terpilih di seluruh Johor.
Had Tahunan
Keluarga (KIR):
RM750 setahun dengan had setiap rawatan sebanyak RM70.
Individu/Bujang (IIR):
RM350 setahun dengan had setiap rawatan sebanyak RM70.
Aplikasi Mudah Alih
Memudahkan pemegang kad untuk memantau penggunaan manfaat perubatan.
Menyediakan maklumat mengenai baki kelayakan manfaat perubatan, senarai klinik panel, dan farmasi terpilih.
Rangkaian Panel
Program ini melibatkan rangkaian klinik swasta dan farmasi yang luas di seluruh Johor, memastikan setiap pemegang Kad Afiat Johor mendapat akses yang mudah dan cepat kepada perkhidmatan kesihatan.